Siti Saleha Duta Baru SimplySiti


Selepas menggunakan khidmat Khairul Fahmi Che Mat, Zain Saidin dan Cha Cha Maembong sebagai duta produk Simplysiti sebelum ini, kini giliran pelakon kacukan Melayu-Inggeris, Siti Saleha dilantik bagi mewakili produk keluaran Datuk Siti Nurhaliza itu.

Pelakon manis itu dilantik sebagai muka baru untuk produk kecantikan SimplySiti White & Detox.

Sebelum ini wajah Saleha sinonim dengan iklan komersial bagi produk wangian, Enchanteur Paris.

Dengan wajah Pan-Asiannya itu tidak ragu lagi mampu mendatangkan sumber rezeki buat adik kepada penyanyi Sam Bunkface itu.

Di bawah ini penulis kongsikan aksi Saleha menerusi iklan televisyen SimplySiti yang sudah pun ditayangkan di kaca televisyen, baru-baru ini.




Oleh: AUDREY LEE

Posting Komentar