Foto Terbaik DS Nizar Melawat Bilik Gerakan BN

Khamis, 25 April 2013




Hot !! Nizar serang Bilik Gerakan BN di Changkat JeringSatu pendekatan yang bersahaja dari mantan MB Perak Dato Sri Nizar semasa kempen PRU pada kali ini.

Dengan selamber beliau menberanikan diri berkempen di dikubu kuat BN dun Changkat Jering dengan memasuki bilik gerakan BN sambil berkempen serta beramah mesra dengan penyokong kuat lawan .

Yang menariknya beliau disantun serta dilayan dengan ramah oleh penyokong BN di situ.Senaroi ini boleh menyebabkan Calon BN di situ boleh sesak nafas jika melihat gaya nizar berkempen.

Inilah kelebihan serta karisma yang ada pada diri Nizar Jamaludin.Gaya berkempen Dato Sri Nizar memang menarik dan santai.

Sebelum ini beliau penah mengemparkan penyokong BN dengan bersahaja serta memberanikan diri duduk di ceramah UMNO sebagai tetamu yang tak di undang.

Bravo Nizar...
 SUMBER
 

Harga Barangan BN yang diseleweng!



 Di bawah pemerintahan Barisan Nasional, kita kena bayar lebih untuk segala-galanya! Kita ada penyelewengan dalam pembelian skru yang berharga RM32 dibeli dengan harga mencecah RM224 dan jack kereta yang bernilai RM50 dibeli pada harga RM5,700. Menurut laporan audit Negara, pada tahun 2011 , jabatan taman laut telah membeli teropong yang harga sebenar tidak melebihi RM1,940, tetapi telah dibeli dengan harga yang melebihi harga pasaran sebanyak 28 kali ganda iaitu RM56,350. Bukan itu sahaja, malah jabatan juga membeli barangan kegunaan jabatan seperti komputer riba, mesin pencetak,LCD TV, DVD yang harganya mencecah RM192,694 walaupun kesemua barang ini boleh didapati dengan harga yang tidak melebihi RM20,193.

Tambahan pula, pegawai penyelia yang terlibat dalam kes ini hanya diberi surat teguran sahaja sebelum kes ini ditutup. Kesemua ini merupakan satu kelemahan dalam proses perolehan dan ia seharusnya tidak berlaku jika mengikut piawaian yang betul seperti tender terbuka.

Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia!