Antara Kejayaan PAS mentadbir Kelantan

Nik Abdul Aziz Nik Mat
[admin]
[admin] Antara Kejayaan PAS mentadbir Kelantan;

Umno gerun hadapi fenomena sertai PAS

Harakahdaily

Nazli Ibrahim, Selangorku, 16 Jul 2012


(Salah seorang yang menyertai PAS di Stadium Kuala Selangor)

KUALA SELANGOR: Fenomena kemasukkan ramai bekas pegawai tinggi kerajaan menyertai PAS pada masa kini menggerunkan Umno-BN.

Tindakan tersebut juga membuktikan PAS bersama Pakatan Rakyat (PR) bersedia untuk menakluki Putrajaya.

Demikian menurut Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika menyampaikan ceramahnya dalam Himpunan Hijau Menuju Ke Putrajaya peringkat Negeri Selangor, di Stadium Kuala Selangor malam tadi.




“Bekas orang nombor tiga dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Datuk Fauzi Shaari sudah pun menyertai PAS, jadi ahli seumur hidup dan saya juga nampak bekas Ketua Polis, Tan Sri Musa Hassan sedang mengintai-intai untuk bersama kita.

“Hari ini Tan Sri Musa dah kata perangkaan jenayah yang dikeluarkan oleh PDRM tak boleh dipercayai sebenarnya jenayah meningkat dengan dahsyat,” katanya yang popular dengan panggilan Mat Sabu.

Dalam perhimpunan yang dihadiri kira-kira lebih 6,000 hadirin itu, tiga lagi bekas pegawai kanan kerajaan turut menyerahkan borang keahlian untuk menyertai PAS.

Mereka adalah bekas Pegawai Tadbir Diplomatik(PTD) selama 33 tahun yang juga bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Ismail Hamzah dan bekas Pengarah Kanan Lembaga Pertubuhan Peladang, Abd Rahman Taib.

Manakala seorang lagi adalah bekas Pengarah Sumber Manusia Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang juga pernah menjawat jawatan Timbalan Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang, Yusuf Hassan.

Menurut Yusuf, kemasukan golongan pesara kerajaan dalam PAS akan dapat membantu parti itu mengurus tadbir kerajaan apabila PR memenangi pilihan raya kelak.

“Saudara semua jangan takut kerana kita menyediakan pakar-pakar dari dalam kerajaan dari pelbagai bidang untuk membantu saudara-saudari semua mengurus tadbir negara ini dengan baik.

“Pengalaman yang kami ada, akan kami curahkan untuk membantu rakyat dan menjadi negara yang paling baik,” ujar beliau.

Khalid Ibrahim kekal sebagai MB Selangor PAS

Keadilan Daily
SHAH ALAM 8 MEI: PAS Pusat tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor walaupun PAS Selangor mempunyai kelebihan satu kerusi berbanding KEADILAN di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, demi semangat setia kawan dalam Pakatan Rakyat bersama KEADILAN dan DAP, Tan Sri Khalid Ibrahim akan kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

“Kita (PAS) tidak pernah tuntut, tidak pernah bercadang, tidak berhasrat pun ke arah itu. Kita sudah putuskan untuk kekalkan yang sedia ada (Khalid). Tunggulah dalam masa seminggu ini akan diumumkan,” katanya dipetik.

Persoalan siapakah bakal memegang jawatan Menteri Besar Selangor timbul memandangkan ketiga-tiga parti mempunyai jumlah kerusi hampir sama, iaitu PAS dan DAP sebanyak 15 kerusi manakala KEADILAN 14 kerusi.

Khalid yang juga Pengerusi Pakatan Selangor berkata, bakal Menteri Besar Selangor akan diumumkan minggu depan selepas pucuk pimpinan tertinggi Pakatan memutuskannya, dan individu itu akan mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Walaupun keputusannya akan diumum minggu depan, tetapi beberapa nama di kalangan pemimpin PAS mula disebut-sebut menggantikan Khalid, antaranya Abd Rani Osman, Iskandar Abd Samad dan Dr Ahmad Yunus Hairi.
Khalid Ibrahim kekal sebagai MB Selangor - PAS   SHAH ALAM 8 MEI: PAS Pusat tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor walaupun PAS Selangor mempunyai kelebihan satu kerusi berbanding KEADILAN di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).   Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, demi semangat setia kawan dalam Pakatan Rakyat bersama KEADILAN dan DAP, Tan Sri Khalid Ibrahim akan kekal sebagai Menteri Besar Selangor.  “Kita (PAS) tidak pernah tuntut, tidak pernah bercadang, tidak berhasrat pun ke arah itu. Kita sudah putuskan untuk kekalkan yang sedia ada (Khalid). Tunggulah dalam masa seminggu ini akan diumumkan,” katanya dipetik.   Persoalan siapakah bakal memegang jawatan Menteri Besar Selangor timbul memandangkan ketiga-tiga parti mempunyai jumlah kerusi hampir sama, iaitu PS dan DAP sebanyak 15 kerusi manakala KEADILAN 14 kerusi.  Khalid yang juga Pengerusi Pakatan Selangor berkata, bakal Menteri Besar Selangor akan diumumkan minggu depan selepas pucuk pimpinan tertinggi Pakatan memutuskannya, dan individu itu akan mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.  Walaupun keputusannya akan diumum minggu depan, tetapi beberapa nama di kalangan pemimpin PAS mula disebut-sebut menggantikan Khalid, antaranya Abd Rani Osman, Iskandar Abd Samad dan Dr Ahmad Yunus Hairi.