Uqasha Pekin Belum Rancang Tarikh Kahwin



HUBUNGAN istimewa yang terjalin di antara aktres Uqasha Senrose dan Pekin Ibrahim kini bukan lagi rahsia.

Malah Uqasha pun mengakui sudah dirisik oleh keluarga Pekin pada Julai lalu.

Walaupun menyimpan hasrat untuk melanjutkan hubungan yang dibina ke fasa yang seterusnya namun Uqasha menjelaskan dia masih belum menetapkan sebarang tarikh untuk majlis perkahwinannya kelak.

“Semuanya terserah pada jodoh.  Apa yang pasti bukan tahun ini ataupun tahun depan.  Lagipun, hubungan kami baik-baik saja dan berjalan lancar,” katanya yang dipetik menerusi Sinar Harian.

Uqasha yang juga merupakan heroin filem Paku Pontianak ini menyatakan enggan kisah cintanya dijaja melebihi perjalanan karier seninya.

“Biarpun orang asyik bertanya soal cinta, sejujurnya saya lebih selesa orang memberi perhatian kepada kerjaya saya kerana sememangnya itu fokus utama saya ketika mula-mula berkecimpung dalam industri seni,” jelasnya lagi.

Oleh:  AUDREY LEE

Posting Komentar