Rampas Dadah Bernilai RM44 000 Dalam Tokong


MUAR – Sebuah tokong kosong di Parit Amal, Jalan Junid, di sini, dijadikan lokasi menyembunyikan dadah oleh empat lelaki dan seorang wanita untuk mengaburi pihak berkuasa.

Bagaimanapun, taktik mereka terbongkar apabila serbuan dilakukan pada jam 8.50 pagi membabitkan rampasan dadah bernilai kira-kira RM44,000 pada 17 November lalu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, syabu seberat 20 gram dan heroin seberat 112 gram ditemui dalam dua balang iaitu bekas makan ringan.

“Kita menahan sepasang suami isteri dan tiga lelaki tempatan berumur antara 35 hingga 57 tahun.

“Mereka menjadikan tokong tempat menyimpan bahan terlarang itu dan siasatan awal mendapati mereka sudah melakukan kegiatan ini sejak empat bulan lalu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, semalam.

Azman berkata, polis turut merampas wang tunai RM5,700 dipercayai tinjauan jualan dadah daripada pelanggan di daerah ini dan sekitarnya.

“Dadah ini boleh dibekalkan kepada kira-kira 750 penagih dan kita akan menjejaki kemungkinan ada ahli kumpulan itu yang masih bebas.

“Kesemua mereka berasal dari daerah ini dan pasangan suami isteri terbabit berumur 52 tahun, manakala tiga suspek lelaki yang lain berusia 35, 41 dan 57 tahun,” katanya.

Beliau berkata, suspek berusia 57, 52 dan 41 tahun didapati positif dadah jenis syabu dan seorang lagi suspek berusia 41 tahun mempunyai rekod lampau berkaitan dadah sebelum ini. – Sinar Harian Online

BR1M kedua meningkat kepada RM1 000

Malaysiakini
   Sep 28 2012
Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, rakyat Malaysia bukan hanya menantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bernilai RM500, tetapi mengharapkannya nilainya digandakan menjadi RM1,000 atau lebih dalam pengumuman belanjawan petang ini.

Lebih banyak imbuhan dan gula-gula itu dijangkakan ekoran pendekatan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri, kata Lim dalam kenyataannya semalam.

NONE"Najib tidak boleh salahkan sesiapa kecuali dirinya sendiri. Belanjawan tahunan yang dibentangkan di Parlimen sudah menjadi acara tahunan Santa Klaus," kata Lim yang juga anggota Parlimen Ipoh Timor.

"Ini semua kerana dia tidak dapat membuat keputusan dan takut terhadap pilihan raya umum ke-13, menyebabkan dia menukar 42 bulan pemerintahannya kepada kempen pilihan raya yang berpanjangan dan tidak berkesudahan."

Lim berkata, kerajaan pimpinan BN melalui wakilnya di pelbagai peringkat sudah memberikan gambaran lebih banyak imbuhan dan gula-gula akan diberikan, termasuk BR1M dalam pilihan raya.

Jangkaan itu, termasuk kemungkinan BR1M diperluas untuk meliputi pendapatan isi rumah yang sebelum ini tidak layak untuk bantuan itu.

"Jika pembayaran BR1M kali kedua tidak lebih sekali ganda daripada bayaran terdahulu RM500 atau gagal memberi manfaat kepada 4.2 juta isi rumah yang berpendapatan bawah RM3,000, Najib, Umno dan BN patut jangkakan tindak balas buruk daripada rakyat Malaysia," katanya.