Rampas Dadah Bernilai RM44 000 Dalam Tokong


MUAR – Sebuah tokong kosong di Parit Amal, Jalan Junid, di sini, dijadikan lokasi menyembunyikan dadah oleh empat lelaki dan seorang wanita untuk mengaburi pihak berkuasa.

Bagaimanapun, taktik mereka terbongkar apabila serbuan dilakukan pada jam 8.50 pagi membabitkan rampasan dadah bernilai kira-kira RM44,000 pada 17 November lalu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, syabu seberat 20 gram dan heroin seberat 112 gram ditemui dalam dua balang iaitu bekas makan ringan.

“Kita menahan sepasang suami isteri dan tiga lelaki tempatan berumur antara 35 hingga 57 tahun.

“Mereka menjadikan tokong tempat menyimpan bahan terlarang itu dan siasatan awal mendapati mereka sudah melakukan kegiatan ini sejak empat bulan lalu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, semalam.

Azman berkata, polis turut merampas wang tunai RM5,700 dipercayai tinjauan jualan dadah daripada pelanggan di daerah ini dan sekitarnya.

“Dadah ini boleh dibekalkan kepada kira-kira 750 penagih dan kita akan menjejaki kemungkinan ada ahli kumpulan itu yang masih bebas.

“Kesemua mereka berasal dari daerah ini dan pasangan suami isteri terbabit berumur 52 tahun, manakala tiga suspek lelaki yang lain berusia 35, 41 dan 57 tahun,” katanya.

Beliau berkata, suspek berusia 57, 52 dan 41 tahun didapati positif dadah jenis syabu dan seorang lagi suspek berusia 41 tahun mempunyai rekod lampau berkaitan dadah sebelum ini. – Sinar Harian Online

Warga Pakistan dibunuh dalam kedai sendiri

Pasukan forensik menjalankan siasatan di tempat kejadian. Gambar kecil: Hadi.

Dalam kedai perabot inilah mangsa ditemui mati dipercayai dibunuh.

Orang ramai memenuhi kawasan kejadian.

Mayat mangsa dibawa ke HSNZ untuk bedah siasat.

KUALA NERUS - Seorang lelaki warga Pakistan ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di bahagian badan dalam kedai perabot miliknya di Kampung Padang Nenas, Jalan Mengabang Telipot, di sini, semalam.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku jam 12 tengah hari itu, mangsa, Hadi Khan Yusof, 55, yang mempunyai taraf penduduk tetap (PR) ditemui berlumuran darah dalam keadaan terbaring di bahagian belakang kedainya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan daripada orang awam dan setibanya di lokasi, mangsa didapati sudah meninggal dunia akibat
ditikam dengan senjata tajam.

“Mangsa sudah lebih 20 tahun menetap di negara ini dan tinggal bersendirian kerana anak serta isterinya baru pulang ke negara asal mereka di Pakistan.

"Kita masih lagi mengesan senjata yang digunakan kerana ia tidak ditemui di tempat kejadian. Kita ada terima maklumat daripada jiran dan sedang mengesan suspek, bagaimanapun motif dan punca kejadian masih lagi dalam siasatan termasuk mengenal
pasti barang peribadi milik mangsa,” katanya.

Manoharan berkata, mangsa dipercayai baru membuka perniagaan di kawasan berkenaan dan polis sedang berusaha menghubungi keluarganya di Pakistan.

Katanya, mayat dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, menurut seorang saksi, Ahmad Syafandi Mohd Yusof, 34, dia sama sekali tidak menyangka punca mangsa lewat membuka kedai akhirnya membawa kepada penemuan mayat jirannya itu yang baru dikenali sebulan lalu oleh seorang
pemandu lori yang datang untuk mengambil barang di kedai perabot berkenaan.

“Sebelum itu, ada beberapa orang datang bertanyakan mangsa kerana kedainya masih belum dibuka, tapi ketika itu saya tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah dimaklumkan pemandu lori berhubung penemuan mayat berkenaan dan saya segera  menghubungi polis,” katanya yang masih terkejut dengan kejadian itu.

Menurut pengusaha kedai pakaian yang juga jiran terdekat mangsa, sebelum kejadian iaitu kira-kira jam 8.30 pagi, ada jiran lain yang melihat mangsa sedang membaca surat khabar di bahagian depan kedai perabotnya dan selepas itu, mangsa terus tidak
muncul.

“Mangsa tinggal seorang diri dan biasanya dia buka kedai lebih awal daripada saya kerana dia menetap di tingkat atas kedainya, jadi bila dia lewat buka kedai, ramai yang tanya.

“Sebaik dimaklumkan pemandu lori berkenaan, saya bergegas ke dalam kedainya dan melihat mangsa sudah terbaring dengan berlumuran darah,” katanya yang baru sebulan memulakan operasi di kedai bersebelahan mangsa.

Janda Muda Beri Alasan Panas Dan Terpaksa Berbogel Dalam Bilik Dengan Mat Pakistan



Janda Muda Beri Alasan Panas Dan Terpaksa Berbogel Dalam Bilik Dengan Mat Pakistan
Jitra : Baru dua bulan berkenalan, seorang janda anak satu sudah berani mengikut teman lelakinya, penjual permaidani warga Pakistan ke bilik motel.
Perbuatan wanita itu yang masih dalam tempoh edah selepas bercerai dengan suami sebulan lalu, bagaimanapun berjaya dihidu pihak berkuasa yang menyerbu motel di sebuah kawasan perumahan itu, jam 5.10 petang kelmarin.
Janda berusia 23 tahun terbabit yang dalam keadaan bogel ketika serbuan, kemudian dibawa bersama pasangannya itu ke Balai Polis Jitra sebelum ke Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) untuk siasatan lanjut.
Penjual permaidani itu tinggal di negara ini bersama bapanya yang berkahwin dengan wanita tempatan sejak empat tahun lalu.
Jurucakap PADKP berkata, ketika serbuan, bilik motel berkunci dari dalam sebelum dibuka lelaki Pakistan berseluar panjang tanpa baju dan pemeriksaan kemudian menemui seorang wanita menyorok di belakang pintu dengan hanya berselimut tanpa seurat benang.
“Hasil soal siasat mendapati pasangan itu bukan mahram atau suami isteri. Mereka memberi alasan terpaksa membuka pakaian dan berbogel dalam bilik itu kononnya panas, sedangkan sebenarnya ketika itu hujan baru berhenti,” katanya, di sini semalam. – Mummy Nemo

Elak Riak Dalam Ibadah




SEGALA amalan yang kita lakukan termasuk solat, membaca al-Quran, berzakat, menolong orang susah dan belajar perlu diniatkan ikhlas semata-mata kerana Allah. 

Sekiranya niat kita bercampur dengan perasaan riak, mahu dipuji, kerana pangkat, mengharapkan habuan tertentu bermakna kita sudah tersasar daripada redha dalam mentaati Allah. 

Kita berniaga tetapi sering lalai dalam menunaikan ibadat wajib seperti solat, mengeluarkan zakat jadi semua itu perkara sia-sia. Ia tidak dikira ibadat kerana tidak memenuhi maksud sebenar beribadat kerana Allah. 

Perasaan riak juga boleh menjadikan amalan kita menjadi sia-sia. Malah, perkara itu seperti menipu diri sendiri, dan mengotorkan jiwa.

Allah sangat murka pada mereka yang hidupnya menunjuk-nunjuk, mengampu dan mengambil kesempatan. Hakikatnya tidak dapat bertahan lama, lambat-laun tembelangnya akan pecah juga.

Rasulullah saw menyatakan, riak termasuk dalam kategori syirik seperti sabdanya yang bermaksud: 

“Yang paling aku takuti menimpa kamu ialah syirik yang paling kecil. Sahabat bertanya berkaitan dengannya, jawab Baginda, ia adalah riak.” 

Pengertian riak adalah beramal kerana manusia dan bukannya kerana Allah. Ada manusia yang diselubungi perasaan beramal kerana Allah, tetapi pada masa sama ada sedikit perasaan riak apabila ingin dilihat orang lain. 

Baginda saw bersabda yang maksudnya: 

“Bahawa sesungguhnya setiap sesuatu perbuatan itu mestilah dengan niat dan tiap-tiap sesuatu perbuatan itu dinilai mengikut apa yang diniatkan.” 

Makna ikhlas merujuk kepada sesuatu perbuatan dan tanggungjawab dengan kesengajaan hanya kerana Allah, tidak bermuka-muka dan tidak mengharapkan pujian manusia. 

Dalam budaya kerja, ikhlas adalah melakukan tugas kerana menunaikan tanggungjawab tanpa mengampu atau menunjuk-nunjuk kepada orang lain. 

Sering kali makna kerana Allah kabur dan tidak jelas. Niat kerana Allah juga bermakna bersama Allah. Justeru, ikhlas membawa makna kualiti kerana rasa diperhatikan Allah sebab Allah sentiasa bersama. 

Bagaimanakah perasaan seorang pekerja apabila kerjanya diperhatikan majikannya? Sudah tentu dia buat dengan sungguh-sungguh iaitu penuh dengan kualiti. 

Orang Islam sepatutnya lebih cemerlang daripada bukan Muslim kerana mereka terikat dengan peraturan pejabat dan tuntutan budaya kerja cemerlang yang disarankan Islam. 

Berikut adalah petanda yang menjadi ukuran sebenar keikhlasan supaya dapat menjauhkan diri daripada bersifat riak antaranya: 

Tidak mengejar publisiti, melakukan kerja bukan hendak dipuji tetapi menunaikan tugasnya dan bila dipuji tidak lupa diri. 

Tidak suka menyalahkan orang lain. Orang ikhlas kerap menyalahkan diri sendiri. 

Bekerja senyap jauh daripada sorotan, mereka berkorban tanpa mengungkit. Mereka laksana akar kepada pokok, tertanam di dalam tanah tanpa orang nampak. 

Tidak lokek untuk memuji orang yang patut dipuji. Mengucap tahniah kepada mereka yang wajar dihargai jasanya. Dalam konteks ini manusia selalu berhadapan dengan dua kelemahan. Pertama, memuji dan memuja orang yang tidak berhak. Kedua, tidak menghargai dan memuji orang yang patut dipuji. Rasulullah saw walaupun manusia yang paling sempurna tidak lokek memuji Abu Bakar, Uthman, Umar dan Ali. 

Bekerja tanpa mengira kedudukan, baik sebagai pemimpin atau sebagai pengikut seperti kisah Khalid al-Walid. 

Gembira dengan kemunculan tokoh baru dan bersedia memberi laluan kepada mereka membuktikan kebolehan dan kepakaran tanpa diganggu-gugat, dicemburui sebab orang tidak ikhlas biasanya gelisah dengan kemunculan tokoh baru. 

Sabar dan istiqamah sepanjang masa, tidak lemah semangat, tidak buat ala kadar sebab pendorongnya kerana Allah bukan kerana manusia. Jika buat kerana orang, bila dipuji rajin, bila dikeji malas. 

Justeru, keikhlasan hati itu menjadi pedoman kepada seseorang dalam melakukan apa saja pekerjaan. Orang yang bekerja dengan penuh keikhlasan sudah pasti hatinya tidak mudah patah atau putus harapan sehingga mencapai apa yang dicita-citakan.

kredit: Ustaz Mohd.Zawawi Yusoh 


Salam Ukhuwah..~


Apa yang hendak disiasat Zainal Abidin hanya saksi dalam kes ini tanya TKM Mansor

  • Susan Loone
  • Malaysiakini Jan 11 2013
 
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman berkata laporan awal terhadap pembantu khasnya yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah untuk menutup kes gangguan seksual yang melibatkan seorang penjawat awam, "tidak membuktikan apa-apa".

NONEMansor (kiri) berkata laporan yang diterima sekembalinya dari Mekah
semalam adalah berdasarkan wawancara dalaman dengan pembantu khasnya itu yang berusia 56 tahun, Zainal Abidin Saad.

Apabila ditanya jika terdapat panel untuk menyiasat pembantunya itu berhubung dakwaan tersebut, Mansor berkata "tidak ada apa untuk disiasat".

"Apa yang hendak disiasat sedangkan Zainal Abidin hanya saksi dalam kes itu?" katanya ketika dihubungi.

Zainal Abidin sendiri telah menafikan dalam satu kenyataan lewat malam tadi, bahawa dia adalah suspek dalam kes itu, tetapi mengakui ditahan semalaman dalam lokap SPRM sebagai saksi.

Katanya, beliau (Zainal Abidin) terkejut membaca laporan berita mengenai kes yang membuatnya kelihatan seperti seorang pesalah, sambil menambah beliau sedang menimbang mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terus mencemarkan reputasinya.

PKR Pulau Pinang bertegas untuk mempertahankan ahli mereka dan reputasi pejabat TKM yang telah tercemar oleh kejadian tersebut.

NONEUntuk ini, Mansor berkata, PKR telah menyediakan sepasukan
peguam untuk Zainal Abidin (kanan), yang pada 3 Januari lalu, ditahan SPRM di Seberang Jaya bersama dengan dua yang lain, termasuk bekas pegawai daerah Seberang Perai, Roslan Yahaya.

Roslan sejak itu dipindahkan ke pejabat sekretariat negeri manakala tempatnya diganti oleh Jusni Ismail.

Ketiga-tiga mereka ditahan kerana didakwa cuba menawarkan rasuah RM30,000 kepada seorang kerani untuk mendiamkan dakwaan gangguan seksual terhadap pegawai daerah tersebut.

Mengenai sama ada kedudukan Zainal Abidin sebagai pembantu khas dan kakitangan kerajaan negeri akan terjejas, Mansor berkata "tidak".

"Beliau adalah kakitangan kontrak kerajaan negeri. Pada masa ini, kedua-dua kedudukan itu tidak akan terjejas," kata Mansor yang juga pengerusi PKR negeri itu.

BERP0SE S3KS1 DI DALAM KAMAR MANDI