Budak Lelaki 11 Tahun Rogol Budak 6 Tahun – Adakah Ini Perogol Termuda Di Malaysia


KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dihantar ke rumah pengasuh di Alor Gajah oleh ibunya, dilaporkan telah dirogol oleh anak tiri pengasuh itu.

Mengikut laporan The Star online, polis sedang menyiasat kemungkinan anak tiri pengasuh yang baru berumur 11 tahun itu, merupakan perogol yang paling muda di Malaysia.

Kejadian itu dilaporkan berlaku apabila pengasuh tersebut telah pergi ke kedai runcit berdekatan.

Jiran pengasuh tersebut yang hanya ingin dikenali sebagai Shima, memberitahu The Star bahawa beliau masuk ke dalam rumah pengasuh itu melalui pintu belakang, apabila sangsi melihat rumah yang sunyi sepi itu.

“Tiba-tiba, kanak-kanak perempuan itu berlari keluar dari sebuah bilik dengan keadaan separuh bogel, sambil menangis dan nampak terkejut.

“Selepas menenangkan kanak-kanak itu, saya memeriksa rumah itu dan mendapati budak lelaki itu bersembunyi di belakang pintu sebuah lagi bilik. Dia memakai seluar sahaja dan apabila ditanya, dia menjawab dia sedang bersedia untuk pergi ke kelas agama.

“Saya syaki sesuatu tidak kena dan terus menelefon ibu kanak-kanak perempuan itu,” kata Shima kepada The Star.

The Star turut melaporkan bahawa kanak-kanak itu menceritakan kepada ibunya bahawa budak lelaki tersebut telah berbaring di atasnya dan kemudian dia merasakan sakit yang amat sangat di kemaluannya.

Ibunya membuat laporan polis dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan di atas kesalahan merogol.

Sumber: http://www.astroawani.com

Mahathir restu kapal nuklear Amerika masuk Malaysia

(Oleh Mohd Martin Kahar)
KUALA LUMPUR 11 Oktober: Kerajaan Umno BN pernah menandatangani perjanjian dengan Amerika Syarikat untuk membenarkan kapal tentera negara itu menggunakan kemudahan ketenteraan di sini, dedah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Menurutnya, perjanjian oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyebabkan kapal-kapal perang Amerika yang sarat dengan senjata nuklear berlabuh di perairan negara.
“Kita perlu faham, kapal Amerika yang penuh dengan senjata nuklear bukan bersifat pertahanan tetapi provokatif.
“Amerika telah menghantar kapal perang mereka jauh dari sempadan negara mereka ke negara-negara Asia dan ini merupakan tindakan yang sangat provokatif.
“Di negara lain termasuk NATO, mereka tidak membenarkan kapal perang yang bersenjata nuklear berlabuh ke negara mereka,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.
Sebelum itu, Kamaruddin mengemukakan usul tergempar di Dewan Rakyat di bawah Perkara 18 (1) bagi mendesak sidang mesyuarat membincangkan kekerapan kehadiran kapal perang bersenjata nuklear Amerika.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagaimanapun menolak usul tersebut dengan alasan perkara tersebut tidak perlu disegerakan dan boleh dibahas pada sidang mesyuarat akan datang.
Kamaruddin berkata, banyak kapal perang Amerika bersenjata nuklear berlabuh di perairan negara sejak Jun lalu.

Antara kapal tersebut termasuk kapal pengangkut pesawat USS George Washington yang diiringi kapal perang bersenjata nuklear berlabuh di Pelabuhan Kelang selama lima hari bermula 7 Oktober lalu.
Beliau berkata, kapal perang Paul Hamilton pernah berlabuh di Teluk Sepanggar Sabah, pada 5 hingga 9 Oktober lalu.
Pada 30 September hingga 2 Oktober lalu, dua kapal perang John Stanish dan dua kapal pembawa pesawat telah berlabuh di perairan negara ini.

Menurut Kamaruddin lagi, kehadiran kapal perang bersenjata nuklear Amerika bercanggah dengan dasar luar negara yang mahu menjadikan Asia sebagai rantau bebas nuklear.
“Kita mendesak kerajaan mengambil kira dasar luar negara dan pandangan daripada rakan-rakan lain yang mahu menjadikan Asia Tenggara sebagai kawasan aman daripada nuklear,” katanya.

Dalam pada itu, Johari berkata, Pakatan Rakyat tidak mahu Malaysia dijadikan sebagai pangkalan tentera asing di rantau ini.
“Kehadiran mereka seolah-olah kita sedang dipantau atau ada yang tidak kena dan jelas bertentangan dengan dasar negara,” katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com

Lagi Gambar Terlampau Zarina Ann Julie Pontianak Malaysia

Wah. Da dapat gelaran pontianak Malaysia dia.

Zarina Ann Julie ReturnZarina Ann Julie Return

Pahlawan Indonesia Yang Juga Diklaim Sebagai Pahlawan Malaysia



Pemikiran dan perjuangan Mohammad Natsir tidak saja diakui sebagai pahlawan nasional di Indonesia tapi juga di Malaysia.
Hal itu terlihat dari seminar "Serantau Memperingati 100 tahun Pahlawan Nasional Bapak Mohammad Natsir" yang diadakan oleh LSM Wadah (wadah pencerdasan umat Malaysia) dan Kolej Universiti Islam Antarbangsa Selangor (Kuis), Sabtu.

Seminar itu dihadiri pemimpin oposisi Malaysia Anwar Ibrahim, Sekjen PKR (Partai Keadilan Rakyat) Khalid Ibrahim, Sekretaris Petisi 50 Chris Siner Key Timu, dan Laode Kamaludin. Bahkan diperkirakan 1.000 orang hadir pada seminar itu, baik mahasiswa Kuis maupun rakyat Malaysia.

Presiden Wadah Dr Siddiq Fadzil dalam sambutannya mengatakan, Natsir adalah tokoh pemikir pejuang, pemimpin-pendidik yang layak ditempatkan dalam deretan tokoh dunia.

"Sudah cukup lama kita menderita penyakit rendah diri, yang diorang semuanya gemerlap, yang di kita segalanya malap. Sekarang saatnya kita membuka mata menyadari ketinggian nilai khazanah budaya dan kekayaan sejarah kita sendiri," katanya.

"Kita kebanjiran idola tapi kemarau teladan. Mohammad Natsir bisa menjadi teladan di tengah politik saat ini yang sedang maraknya politik caci maki. Natsir memberikan teladan bagaimana politik yang santun," tambah Dr Siddiq.

Sementara itu Anwar Ibrahim yang mengaku sebagai murid Abah Natsir, demikian panggilan akrab tokoh Masyumi itu mengakui banyak berguru kepada Natsir. "Setelah nikah dengan Wan Azizah Wan Ismail, saya bawa langsung ke Abah Natsir untuk minta restu dan bimbingannya," kata Anwar.

Kepada para peserta dengan tegas Anwar mengatakan bahwa saat ini generasi muda Malaysia hanya mengenal Indonesia dari TKI dan lagu "rasa sayange" yang diributkan. Mereka kurang mengenal tokoh pemikir Indonesia seperti Mohammad Natsir dan Buya Hamka.

"Acara ini juga mempunyai tujuan penting untuk meningkatkan hubungan dua negara bertetangga dan serumpun Indonesia-Malaysia," katanya.

Oleh sebab itu, seminar memperingati 100 tahun Mohammad Natsir di kampus Islam Internasional Selangor bertujuan untuk mengangkat kembali tokoh pemikir dan politisi Islam yang dapat menggabungkan pemikiran idealis Islam dan tindakan atau tingkah laku politiknya.

Selain seminar, Wadah dan Kuis meluncurkan buku tentang Mohammad Natsir agar bisa menjadi bahan bacaan generasi muda, yang berjudul "Mohammad Natsir Berdakwah di Jalur Politik Berpolitik di Jalur Dakwah."

Selain itu diadakan MOU kerjasama antara Kuis (kolej universiti Islam Antarbangsa Selangor) dengan Sekolah Tinggi Dakwah Mohammad Natsir. Penandatanganan kerjasama itu dilakukan oleh Rektor Kuis Mohd Adanan Isman dengan Dekan Sekolah Tinggi Dakwah Mohd Natsir, Mohammad Noor.

Anak mohammad Natsir, Asma Faridah Saleh, yang hadir dan memberikan sambutannya sempat terhenti beberapa kali menahan tangis haru karena pemikiran dan perjuangan ayahnya diakui dan diperingati tidak saja di Indonesia tapi juga di Malaysia.


Sumber: http://kotakhitamdunia.blogspot.com/2011/10/pahlawan-indonesia-yang-juga-diklaim.html