Budak Lelaki 11 Tahun Rogol Budak 6 Tahun – Adakah Ini Perogol Termuda Di Malaysia


KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dihantar ke rumah pengasuh di Alor Gajah oleh ibunya, dilaporkan telah dirogol oleh anak tiri pengasuh itu.

Mengikut laporan The Star online, polis sedang menyiasat kemungkinan anak tiri pengasuh yang baru berumur 11 tahun itu, merupakan perogol yang paling muda di Malaysia.

Kejadian itu dilaporkan berlaku apabila pengasuh tersebut telah pergi ke kedai runcit berdekatan.

Jiran pengasuh tersebut yang hanya ingin dikenali sebagai Shima, memberitahu The Star bahawa beliau masuk ke dalam rumah pengasuh itu melalui pintu belakang, apabila sangsi melihat rumah yang sunyi sepi itu.

“Tiba-tiba, kanak-kanak perempuan itu berlari keluar dari sebuah bilik dengan keadaan separuh bogel, sambil menangis dan nampak terkejut.

“Selepas menenangkan kanak-kanak itu, saya memeriksa rumah itu dan mendapati budak lelaki itu bersembunyi di belakang pintu sebuah lagi bilik. Dia memakai seluar sahaja dan apabila ditanya, dia menjawab dia sedang bersedia untuk pergi ke kelas agama.

“Saya syaki sesuatu tidak kena dan terus menelefon ibu kanak-kanak perempuan itu,” kata Shima kepada The Star.

The Star turut melaporkan bahawa kanak-kanak itu menceritakan kepada ibunya bahawa budak lelaki tersebut telah berbaring di atasnya dan kemudian dia merasakan sakit yang amat sangat di kemaluannya.

Ibunya membuat laporan polis dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan di atas kesalahan merogol.

Sumber: http://www.astroawani.com

Lelaki berjaya pujuk raja sungai ke tebing

02 Dis 2013

Oleh Alias Abd Rani
Saratok: “Saya ambil masa setengah jam untuk pujuk buaya itu supaya tidak terlalu agresif sebelum menariknya ke tebing sungai,” kata pawang buaya, Indet Sanabong, 49.
Lelaki itu menangkap reptilia yang dipercayai membaham Andrian Thomas, 32, di Sungai Tingam, tidak jauh dari Lubuk Emplaie, di sini, semalam.
 
Buaya sepanjang lima meter itu ditangkap ketika memakan umpan anjing yang disangkut pada kail, jam 9 pagi.

Indet yang tinggal di Rumah Panjang Tawala Spaoh, Betong berkata, dia yakin buaya itulah yang membaham Andrian penduduk Rumah Panjang Empayak berdasarkan saiz serta warna dilihat ketika haiwan itu memuntahkan sebahagian badan mangsa, Khamis lalu.
FotoWILLIAM bersama datuknya duduk atas buaya yang ditangkap, semalam.

“Perangkap itu dipasang sejak beberapa hari lalu dan pagi tadi (semalam) saya bersama dua penduduk rumah panjang keluar memeriksanya. Kami kemudian mendapati ada sesuatu tersangkut pada mata kail lalu memeriksanya dan mendapati seekor buaya terperangkap. myMetro

Najwa Latif Dikejar Lelaki


Najwa Latif Dikejar Lelaki
Najwa Latif Dikejar Lelaki - MEMPEROLEH 4A dalam Sijil Malaysia (SPM) baru-baru ini, penyanyi Cinta Muka Buku mendedahkan, dia sering diganggu peminat fanatik yang sanggup melakukan apa sahaja untuk bertemu dengannya.
Menurut Najwa Latif, peminat lelaki itu sering mengekorinya jika dia membuat persembahan di sekitar Johor Bahru atau Singapura.
Tindak tanduk peminat itu membuatkannya tidak selesa, namun setakat ini Najwa masih cuba bertahan.
“Selagi masih dalam kawalan, saya mampu untuk berhadapan dengan perkara ini.
“Cuma kadang-kadang perbuatannya di luar jangkaan sehingga sanggup menunggu selama enam jam di sebuah stesen radio semata-mata ingin berjumpa dengan saya.
“Tetapi kalau sudah keterlaluan, saya akan buat laporan pada pihak berkuasa,” kata Najwa.

SIAPAKAH LELAKI HEBAT INI Yang membuat Umno gundah gulana

  5 Jan 2013

idahsalam


Inilah orangnya yang menjadi wira ummah. Detik itu ucapannya menyinga membelah kebejadan sekularisme yang membelenggu masyarakat.

Kata - katanya dipetik menjadi amanat yang membugarkan semangat juang anak muda diwaktu itu termasuk diriku. Puluhan tahun kata - katanya ibarat semalam baru dilafazkan membuatkan syaithan yang dikenali tidak mampu lena sepanjang zaman. -fb Ust Nasruddin Hassan

Ulasan GB

Asiaweek pernah menyenaraikan Presiden PAS di tangga ke-7 paling berpengaruh di Asia, jauh meninggalkan Dr Mahathir di tangga Ke 39 dan meletakkan gambar Abdul Hadi pada kulit depannya dengan paparan tajuk "Will he one day lead Malaysia?"


 sumber :GREENBOC